HALAMAN

Wednesday, November 3, 2010

CANSELOR JERMAN TERIMA BUNGKUSAN BAHAN LETUPAN

Pejabat canselor Jerman...Angela Merkel terima sampul mengandungi serbuk bahan letupan semalam
SEHARI selepas kerajaan Jerman mengeluarkan larangan penerbangan kepada pesawat Yaman ke ruang udara negara itu, satu kejutan berlaku di pajabat Canselor negara itu semalam.

Pejabat Canselor Angela Merkel telah menerima satu sampul mengandungi bahan letupan yang dialamatkan terus kepada Merkel.

Bagaimanapun, bahan letupan berupa serbuk senjata api itu berjaya dimusnahkan menerusi kaedah tembakan meriam air. Ketika sampul itu diterima, Merkel tiada di dalam negara kerana berada di Belgium.

Akhbar harian Berlin, Der Tagesspiegel melaporkan bahan itu disahkan pihak berkuasa mengandungi serbuk untuk senjata api dan pihak berkuasa mengangapnya sebagai satu isyarat jelas tentang keselamatan yang tidak boleh dipandang ringan.