HALAMAN

Tuesday, November 2, 2010

BANJIR MEMBURUK: DUA PERKHIDMATAN TREN PENUMPANG DIBATALKAN KTM

DUA perkhidmatan tren penumpang ke utara terpaksa dibatalkan, manakala satu lagi dijadual semula hari ini berikutan landasan keretapi di Arau-Tunjang, terpaksa ditutup kerana dinaiki air.

KTM menjelaskan perkhidmatan tren yang dibatalkan itu ialah:
 1.Ekspress antarabangsa Bangkok-Butterwort-Butterworth-Bangkok
 2.Ekspress Senandung Langkawi Hatyai -Kuala Lumpur.

Sementara perkhidmatan yang dijadualkan semula hari ini ialah Ekspess Senandung Langkawi Kuala Lumpur-Hatyai.

Bagaimanapun, penumpang ekspress Senandung Langkawi di Stesyen Bukit Mertajam dan mana-mana stesyen selepas itu yang menuju Kuala Lumpur boleh menaiki tren Ekspress Senandung Mutiara yang berlepas jam 11 malam di Stesyen Bukit Mertajam.