HALAMAN

Saturday, October 9, 2010

SUSULAN KEJADIAN PELIK MENIMPA GADIS: BOMOH TEWAS KETIKA MERAWAT SITI BALQIS

MERAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO

SEORANG bomoh yang datang menaiki motosikal dari Kelantan bersama isterinya, semata-mata untuk merawat Siti Balqis Mohd Nor, 27, di Terengganu tewas apabila dia mengaku tidak dapat melawan tentangan mata gadis itu malam semalam ketika cuba melakukan rawatan.

Tubuh bomoh berusia 40-an itu kelihatan menggigigil dan dia akhirnya meminta izin untuk pulang selepas berada di rumah itu selama enam jam.

Ibu gadis berkenaan, Norizan Zaid, 47, berkata bomoh itu adalah antara beberapa bomoh yang datang menawarkan diri untuk merawat Siti Balqis yang dikatakan diganggu oleh jin sehingga dia sering ghaib ketka senja dan tengah malam.

Menurut Norizan, bomoh itu memberitahunya tidak dapat bertentang mata dengan Siti Balqis kerana pandangan mata gadis itu amat tajam dan melemahkan tubuh bomoh berkenaan.

Bagaimanapun, tidak  seperti sebelum ini, tiada kejadian pelik menimpa Siti Balqis sejak dua malam kecuali dia mengadu sukar melelapkan matanya.

Berikutan kisah Siti Balqis yang sering diganggu kejadian pelik, pelbagai pihak menawarkan bantuan, termasuk kerajaan negeri yang berjanji akan mencuba untuk mencari pihak yang bepengalaman bagi membantu mengatasi masalah yang dihadapinya sejak sekian lama itu.