HALAMAN

Sunday, October 24, 2010

PEMINAT WAYNE ROONEY TERSILAP SERANG: ISTERI WEST BROWN JADI MANGSA

GARA-gara marah di atas niat Wayne Rooney mahu meninggalkan Manchester United (MU), sekumpulan peminatnya berang dan berkumpul di sekitar kediaman penyerang kelab liga perdana Inggeris itu kelmarin.

Mereka mengugut mahu membunuh Rooney dan isterinya, Coolen. Bagaimanapun, mereka hampir sahaja mencederakan isteri West Brown, pemain pertahanan MU yang kebetulan kediamannya hanya bersebelahan rumah Rooney.

Leanne, isteri West Brown jadi sasaran peminat Wayne Rooney. Dia nyaris dicederakan.
Ketika kumpulan itu terlihat seorang wanita sedang memandu kereta memasuki kawasan kediaman berkenaan, mereka terus sahaja menyerang kereta itu kerana menyangka ia dipandu oleh isteri Wayne Rooney.

Mereka menahan kereta berkenaan dan menendang serta mahu mencederakan wanita yang memandunya. Namun akhirnya mereka tersedar tersilap sasaran apabila wanita yang ditahan itu adalah isteri West Brown, Leanne, rakan sepasukan Rooney.

Isteri West Brown yang kebetulan hamil 5 bulan amat terkejut dan trauma dengan kejadian itu. Namun dia dilaporkan tidak sempat dicederakan peminat Rooney yang mengamuk.