HALAMAN

Saturday, October 16, 2010

PELATIH KHIDMAT NEGARA DIDAKWA KERANA MEMBUNUH

SEORANG pelatih khidmat negara Singapura, didakwa di mahkamah pagi tadi kerana kesalahan membunuh seorang ibu beranak dua di Woodlands, kira-kira sebulan lalu.

Soo Wee Kian, 20,, dituduh membunuh Hoe Hong Lin, 32, seorang penduduk tetap di kawasan padang permainan bola keranjang.
Soo ketika dibawa ke tempat kejadian (The Straits Times)

Dia ditahan polis minggu lalu selepas pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci, termasuk menemui beberapa bahan bukti seperti sebilah pisau berukuran 12 sentimeter di tempat kejadian.