HALAMAN

Wednesday, October 20, 2010

ENAM WILAYAH DI THAILAND DILANDA BANJIR

ENAM wilayah di Thailand kini dilanda banjir memaksa kerajaan mengambil langkah berhati-hati termasuk memindahkan pesakit daripada Hosital Maharat yang turut dilanda banjir semalam.

Keenam-enam wilayah itu ialah Sing Buri, Chai Not, Ang Thong, Ayuthaya, Pathum Thani dan Nonthaburi.

Jurucakap kerajaan berkata, keenam-enam wilayah itu tidak boleh mengelak daripada dilanda banjir kerana air dari utara dan empangan Pasak Jolasit, sedang menuju ke arah wilayah yang berkenaan.(Bangkok Post)