HALAMAN

Thursday, October 14, 2010

DUA RAKYAT MALAYSIA DIPENJARA SEUMUR HIDUP DAN 20 TAHUN SELUDUP SYABU

SEPASANG kekasih warga Malaysia dihukum mahkamah Jakarta Selatan, Indonesia hari ini, masing-masing dengan penjara seumur hidup dan penjara 20 tahun atas kesalahan menyeludup dadah ke negara itu.

Lee Chee Hen, 44, dan kekasihnya Lim Fong Yee @ Connie, 30, didapati bersalah kerana menyeludup 44.4 kg syabu menggunakan khidmat syarikat pengiriman barangan di negara itu.