HALAMAN

Thursday, October 28, 2010

DUA GADIS DIHUKUM MATI KERANA JADI PENGINTIP

DUA remaja perempuan berusia 18 dan 15 tahun, dihukum tembak selepas mereka didapati bersalah menjadi pengintip bagi tentera kerajaan, dakwa pertubuhan al-Shahab, sebuah pertubuhan yang dikaitkan ada hubungan dengan Al-Qaeda.

Hakim pertubuhan itu, Sheikh Mohamaed Ibrahim, menjatuhkan hukuman mati ke atas Ayari Mohamaed Jama, 18 dan Huriyo Ibrahim, 15, selepas mendapati mereka mengintip bagi pihak kerajaan. Kedua-duanya ditembak oleh pasukan penembak tepat, sebaik sahaja hakim pertubuhan itu menjatuhkan hukumannya.

Kumpulan al-Shahab menguasai sebahagian besar wilayah selatan Somalia manakala ahli kumpulan itu dikaitkan dengan pertubuhan al_Qaeda yang amat digeruni negara kuasa besar seperti Amerka Syarikat.