HALAMAN

Wednesday, October 20, 2010

11 WARGA IRAQ MOHON SUAKA DI INDONESIA

SERAMAI 11 warga Iraq yang tiba di Dumai, Indonesia mengejutkan pihak berkuasa negara itu apabila kesemuanya yang disiasat oleh Markas Polis Kota Dumai, memaklumkan mereka ingin memohon suaka - menjadi warga Indonesia dan tinggal di negara itu.

11 warga Iraq yang memohon suaka, ditahan sebaik tiba di Dumai siang tadi
Kumpulan itu ditahan sebaik sahaja tiba di Dumai, kini ditempat sementara di Pusat Tahanan Pendatang di Pekan Baru.

Imigresen Indonesia dijangka melakukan proses dokumentasi terhadap kesemua warga Iraq berkenaan sebelum memanjangkan urusan seterusnya kepada kerajaan.