HALAMAN

Sunday, September 12, 2010

TUJUH DITAHAN, EMPAT MAYAT RENTUNG DITEMUI DI TANJUNG SEPAT, MORIB

DIFAHAMKAN polis telah menahan tujuh individu bagi membantu siasatan kes kehilangan Datuk Soosilawati dan tiga lelaki lain sejak 30 Ogos lalu.

Polis juga difahamkan telah mengepung satu kawasan di sebuah ladang ternakan ayam, berikutan penemuan empat mayat rentung dipercayai dibakar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dijangka membuat pengumuman khas sempena persaraannya sebentar lagi.

Semua stesyen televisyen telah berkampung di kawasan berkenaan.