Ibu kepada pasangan kembar Nurulasyiqin dan Nurulain Kamarazmi serta Suhaily Abdul Razak menunjukkan gambar anak mereka yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, selepas beraya ke rumah rakan mereka. Ketiga-tiga remaja 14 tahun ini bersekolah di Sekolah Menengah Sentosa, Kampar. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai mereka diharap menghubungi balai polis terdekat.