nuffnang ads

Wednesday, July 14, 2010

TONTO BURU JPJ ATAU JPJ TAKUT TONTO?

KERETA TONTO  ikut belakang kereta peronda JPJ! Ini bukan cerita baru beb. Zaman Tok Solah belum jadi Ketua Pengarah JPJ lagi fenomena 'penguatkuasa takut tonto' dah berlaku. Orang dah naik hairan dan pelik. Kadang-kala bila lihat kereta peronda JPJ bergerak laju cuba menghilangkan diri dari diekori tonto, orang membuat persepsi lain. Orang ramai anggap penguatkuasa JPJ takut sebab dia lari kena buru dengan kereta tonto! Saya mohon terjemahan dan tafsiran di atas segala drama yang berlaku sekian lama ini supaya imej undang-undang negara tak tercalar. Undang-undang ada maruah dan harga!

Penrha satu insiden, saya melihat sendiri sebuah kereta JPJ di Kampung Orchard Road, terpaksa berhenti di depan rumah orang kampung seolah-olah mahu menziarahi saudara bagi mengelak diekori tonto. Tapi ternyata helah itu tak menjadi. Tiga kereta tonto berhenti di tepi jalan kira-kira 20 meter menunggu kereta JPJ itu keluar semula.

Jangan marah Tok Solah. Kalau benda macam ini dibiarkan berterusan, orang akan cakap JPJ tak ada apa? Tak ada....kuasa. Orang akan menilai undang-undang di negara ini dikuasai oleh mereka yang terbabit dalam kerja jahat! JPJ tak boleh berterusan dilihat terlalu daif dan 'dayus' dalam menangani tonto ini.

Saya ingin bertanya soalan mudah. Kenapa tonto berani mengekori kereta penguatkuasa JPJ? Apakah kuasa penguatkuasaan dan imej penguatkuasaan yang diberikan kepada pegawai kerajaan itu hanyalah kuasa dari sebuah syarikat enterprise yang tak dihormati orang? Tolonglah Tok Solah. Kalau dibiarkan berterusan fenomena 'tonto buru jpj' orang akan terus hilang hormat. Beginikah perwatakan dan personaliti penguatkuasa undang-undang melaksanakan tanggungjawb mereka? Fuhhhhhhh!

DEBUS DEBUS SINGALAUT MEMBELAH OMBAK: Kalau dengan pemandu kereta atau penunggang remaja bukan main lagi. Tak kan dengan tonto boleh tunduk ke bumi. Tunjuklah ke langit beb!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10