HALAMAN

Wednesday, July 14, 2010

KHIR TOYO TERTINGGAL BERKURUN ISU PASIR

Penyamunan, pencurian, perompakan, pemalingan dan perampokan pasir berlaku di zaman BN kuasai Selangor lagi. Lagi teruk, lagi zalim. Tanyalah orang Jalan Kebun dan sekitar sempadan Kuala Langat. Lihatlah jalan raya yang berlubang macam kena bom lepas perang. Rumah retak, surau retak. Tapi BN ambil masa terlalu lama untuk perbaiki keadaan.

Ia cerita yang tak habis-habis. Ketika itu pasir telah mengkayakan bangsa asing. Orang Melayu dapat habuk. Khir Toyo kena ingat, bahawa orang yang teraniaya tidak akan pernah lupa. Bukan sekarang bro. Sejak dulu. Soal pasir telah menyebabkan pengaruh menentang kerajaan Umno semakin kuat. Kerana pasirlah, UMNO semakin lemah. Tapi syukur kerana Allah telah membalas segala kejahatan pencurian pasir itu. Akibatnya BN kecundang.

Sekarang kalau diikutkan tak ubah seperti debu hujung jari. Pasir yang digali tak mendatangkan marah hatta rasa geli rakyat Selangor sebab mereka tahu pencurian pasir dahulu lebih teruk dan zalim dari sekarang. Sekurang-kurangnya sekarang, ia tak banyak berlaku. Yang dilaporkan itu hanyalah macam celah gigi.

Khir kena cari isu lain. Semakin isu pasir dibangkitkan, rakyat akan lihat satu kebodohan. Rakyat akan semakin benci. Mungkin isu buka kilang buat penyapu lidi boleh jadi isu baru di Selangor!